Tuesday 18 December 2012

ESEI KUMPULAN



Faktor –faktor yang mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah: Implikasi terhadap pendidikan guru.

Pendahuluan

Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,mengukuh dan menambahkan kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungkan jalin bersama keadah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai kepada aktiviti P&P.
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari persepektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P. matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna,mengurus dan memahami ICT. Ini adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen ,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu acara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran  menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem pendidikan masa kini. Pelajar sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT, melayari Internet untuk mengakses maklumat, serta mempunyai laman web mereka sendiri dengan mendaftar dalam  myspace, friendster, blogspot, facebook dan sebagainya. Fenomena seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah. Minat dan kegemaran pelajar menggunakan ICT harus dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa dengan membimbing pelajar dan anak mereka ke arah penggunaan yang betul. Satu cabaran dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk menganjak paradigma guru ke arah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini menggunakan komputer dan kemudahan  ICT sebagai pendekatan alternatif.
Para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum pendidikan.  ICT (Information and Communication Technology) meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet. Kesan ICT terhadap pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa penggantian, peralihan dan perubahan (Iztkan, seperti dinyatakan dalam Willems, Stakenborg, & Veugelers, 2000).
Dalam fasa penggantian, guru akan menggunakan ICT sebagai alat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa mengubah kaedah pengajaran, manakala fasa peralihan melibatkan guru menggunakan ICT yang dapat merangsang perubahan seterusnya membawa kepada kaedah pengajaran yang baru. Fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas terhadap peranan pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Evolusi penggunaan ICT dalam pendidikan guru bermula pada akhir tahun 1970-an dengan pengenalan mikrokomputer dan pengaturcaraan kepada guru dan beralih kepada mengenal pasti dan memasang perisian pembelajaran pada tahun 1980-an.
Oleh kerana terdapat pelbagai maklumat di Internet yang dapat membantu untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran, maka program latihan perguruan lebih memfokuskan kepada penggunaan ICT supaya para guru dapat mencari dan memperoleh maklumat yang berguna bagi sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Menurut Collis dan Jung (2003), kesan penggunaan internet dan web sebagai alat komunikasi yang biasa digunakan dalam masyarakat mulai pertengahan tahun 1990 telah memberi kesan yang besar terhadap sistem pendidikan guru.

Faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu (Chen ,2004). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara murid belajar dan cara guru mengajar. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Beberapa kajian (Abdul Rahim 1998a : 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran dikalangan murid. Adanya yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai “fielddependent” berbanding dengan murid “fielddependent”. ( Abdul Rahim Saad,2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam “fielddependent” adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar sevara konkrit atau tergolong dalam “fielddependent” mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep,prinsip,peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian  dan pengajaran melalui penggunaan internet bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual.grafik,teks,muzik,video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka ,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang sediakan sama ada portal tempatan atau luar ,guru dan murid dapat memanfaatkan sebaik mugkin.portal pendidikan dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains,guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Melalui penggunaan komunikasi elektronik (emel) net meeting ,chat room dan sebagainya guru dan murid adapat bertukar-tukar idea sesame sendiri atau dengan guru dan murid dari sekolah yang berlainan. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar Negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan.
Selain itu juga faktor yang mempengaruhi integrasi dalam bilik darjah seharusnya mempunyai perkembangan Resos iaitu hugungan diantara kemampuan untuk meningkatkan kebolehan dalam ICT dan resos ICT adalah berbentuk saling bergantung. Sebenarnya kebolehan ICT dikalangan murid boleh dianggap sebagai resos untuk pembelajaran merentasi kurikulum dan adalah wajar bagi setiap bilik darjah untuk merancang pembangunan resos dan kebolehan ICT secara serentak.

Sebagaimana media pendidikan yang lain, ICT adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Menurut D’Lgnazio (Bairley 1996), ICT adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar murid. Manfaat lain pula membawa erti murid-murid yang terlibat dalam pembelajaran ICT boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya.
Kemampuan ICT memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej ICT boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali.
Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu ,ICT menjadi sangat berguna keada murid Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.Walupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran

ICT Meningkatkan Pembelajaran

Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Dalam membudayakan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, system pendidikan Negara haruslah bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi
.           Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan dengan penerapan Sekolah Bestari di beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara.Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan berdaya saing untuk menghadapi alaf baru yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Di samping itu, sekolah merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana perkembangan produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang mampu Berfikit secara kritis ,inovatif dan kreatif
Selain itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah yang lengkap dengan teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu secara tidak langsung berupaya untuk memperkasakan perkembangan ICT di kalangan rakyat.
.           Langkah tersebut membantu generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi ICT selain merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar.
Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform bagi melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang disediakan dan garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di kalangan tenaga pengajar (guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung mampu melahirkan para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT) .
Di Sekolah yang mempunyai ICT yang lengkap pembelajaran bercorak kendiri diterapkan, kurikulum lebih fleksibel dan terbuka berbanding sekolah biasa. Sehubungan itu, bagi menyebarkan peranan sebenar dan konsep Sekolah Bestari kepada umum, Perbadanan
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan perlaksanaan nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi dan perkakas ICT.
Secara tidak langsung, budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan di kalangan para pelajar,guru-guru sekaligus kepada masyarakat setempat. Dari segi pengurusan, sekolah-sekolah berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada memudah- kan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat dilakukan oleh pihak sekolah.
Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu yang memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian ‘Power Point’. Penyediaan bantuan papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor melancarkan lagi proses pengajaran guru-guru disekolah tersebut Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut menganjurkan program khas seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu berkaitan ICT khusus untuk para pelajarnya. Dalam pada itu, pengajaran yang sistematik dan berkonsepkan modul turut menampakkan kelancaran membahagikan penggunaan kemudahan yang sedia ada. Ini adalah kerana, bilangan komputer yang sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan oleh semua pelajar seretak.  
Oleh demikian, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan prasarana waktu sekolah.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan kemudahan selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut diajar untuk menggunakan perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem pembelajaran mereka. Lebih menarik, para pelajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang diberi melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan menerusi e-mel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan pengetahuan mengenai komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi rumah masing-masing.
Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasarana sekolah.
Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan bagi setiap Sekolah dalam usaha memastikan kelancaran.

Implikasi terhadap pendidikan guru
Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.
Guru yang berinovatif serta berkualiti adalah pemangkin kecemerlangan pendidikan dan hakikat ini telah menagih perubahan di kalangan guru dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi sistem pendidikan negara dalam melahirkan generasi yang serba boleh sejajar dengan zaman permodenan. Lantaran itu, pelbagai tuntutan telah dibuat ke atas guru dan menyebabkan tanggungjawab yang diamanahkan seakan menjadi satu bebanan kepada mereka. Hari ini, para guru terpaksa berhadapan dengan kadar perubahan dalam dunia pendidikan sehingga wujudnya bebanan yang keterlaluan.
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini apabila berlakunya ledakan teknologi maklumat hari demi hari. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan Internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Negara yang kini sedang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan semasa dari segi dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, libralisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) yang sekaligus akan memberi impak yang ketara terhadap sistem pendidikan negara. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha demi usaha telah dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhimatan dan kemudahan secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT dalam semua aspek kehidupan.
Penggunaan ICT di sekolah telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pengetahuan dan kemahiran serta kemudahan dan kekangan di sekolah. Namun, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kepercayaan guru berkaitan penggunaan teknologi dalam kerja-kerja seharian mereka di sekolah merupakan faktor penentu dalam kemampuan guru mengintergrasikan teknologi tersebut.Para guru juga masih berada pada tahap perlu belajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi. Dalam konteks ini, tidak semua guru boleh menerima atau mengikuti perubahan sesuatu teknologi dengan hati yang terbuka. Dalam usaha memperkukuhkan asas bagi pencapaian yang memberangsang berasaskan pengetahuan, penggunaan teknologi secara strategik menjadi semakin penting selaras dengan tumpuan negara ke arah pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi seperti mana yang dinyatakan dalam RMK9/RMK10 sebelum ini.Usaha giat dijalan untuk merapatkan jurang digital dan memperluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih setara di kalangan para pengguna. Kebiasaannya keberkesanan terhadap penggunaan teknologi maklumat adalah bergantung kepada keterbukaan warga pendidik dalam penerimaan teknologi maklumat sebagai elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru yang menjadi nadi dan tulang belakang dalam menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhan. Jika dahulunya kurang guru di Malaysia menggunakan Internet, tapi kini bilangannya yang mengakses ke Internet sudah semakin meningkat malahan ada di antara mereka menganggap bahawa teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.
Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan pendidikan merupakan satu landasan yang cerah untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi juga mampu mendatangkan kesan negatif kepada individu.
Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Kelebihan Penggunaan (ICT) Dalam Bilik Darjah
Pada zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan lagi.Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya.Sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya.Namun, sejauh manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas.
Kebanyakan bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa mesra pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di sekolah dan sebagainya.Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina oleh pihak luar dan kurang menepati citarasa guru serta murid di sekolah.Ada kalanya terlalu canggih sehingga sukar dipelajari dan digunakan di sekolah.
            Justeru, satu inovasi telah dicipta untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk menggunakan bahan mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan teks dan gambar  atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan OHP. Tidak dinafikan kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang menarik di dalam kelas.Namun, ianya bersifat statik dan berpusatkan guru.
            Sebagai contoh, perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di kedai.Cuma ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula, perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika di rumah atau sekolah.
            Berbanding perisian yang dibeli dari luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah.Tentulah keadaan ini menyukarkan guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya.Selain itu, perisian dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran seluruh negara.Justeru, kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan dengan persekitaran murid-murid.Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada unsur kesamaan dengan persekitaran mereka.
            Dengan adanya inovasi perisian PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang, mengaplikasi, mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah.Sebagai guru, sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid mereka.Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap perisian tersebut.
Alam pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT terutamanya komputer.Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan ICT sejak sekolah rendah supaya mereka sudah biasa dengannya.Apabila mereka sudah terbiasa sejak kecil dan dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila mereka melangkah ke pusat pengajian tinggi dan alam pekerjaan.
Globalisasi yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu menjadi mudah.Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh serta dikongsi dengan mudah melalui softcopy.Bahan softcopy ini boleh dipindahkan melalui emel atau salinan dalam cakera keras. Dengan itu, guru di tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan bahan inovasi ini. Manfaat dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.

Kelemahan Penggunaan ICT Dalam Bilik Darjah

            Kelemahan yang mungkin berlaku didalam bilik darjah adalah walaupun bahan pengajaran berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada proses pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh kerana bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer, projektor dan monitor, kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal berfungsi adalah tinggi. Ia boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran.
Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi kesan kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer merupakan sesuatu yang asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak mampu mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.
Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran berasaskan ICT mempunyai unsur permainan, hiburan dan multimedia. Pada awalnya ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid pada peringkat umur kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka akan mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.
            Kemudian, bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman sebenar kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai simulasi, contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT mungkin tidak mampu memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan pengalaman sebenar. Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan buruknya ialah murid belajar secara pasif dengan hanya duduk di hadapan komputer. Komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid mungkin tidak berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan perisian komputer tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini sudah tentu menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.
 Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila mereka mahir menggunakan ICT, mereka akan mula mengambil mudah semasa membina bahan pengajaran. Bahan sedia ada akan hanya diubah mengikut keperluan subjek. Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran kreatif dan kritis guru dalam menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalah pelbagai, bukan hanya tertumpu pada ICT semata-mata.
            Apabila ICT diberi tumpuan secara berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak pelbagai. Jika dilihat kaedah pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak harus dibuang begitu sahaja.  

Kesimpulan
Pendidikan pada hari ini menuntut agar guru melengkapi diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana menggunakan ICT adalah trend masa kini dan akan datang. Seiring dengan itu guru-guru perlu berupaya menangani perkembangan dalam ICT yang berlaku dengan pantas,dimana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa muncul
Memandangkan guru-guru kini berhadapan dengan impak ICT terhadap pedagogi mereka,maka seharusnya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT yang mantap bagi membantu mereka menangani impak tersebut. Kesedaran,komitmen serta kerjasama bagi memaksimumkan keberkesanan pengintergrasikan ICT dalam bilik darjah.
Integrasi ICT dalam bilik darjah merupakan perkara yang penting memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,guru ,murid dans emua pihak sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketranpilan ICT untuk diterapkan didalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi,pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus  dilihat sebagaii satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran.
Selain itu dengan adanya integrsi ICT dalam blik darjah guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga ,menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus kea rah penyalahgunaan kemudaham ICT.


Rujukan

1)      Norizan Abdul Razak.2000. penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
bahasa: menangani perubahan. Dlm. Abdul Rahman Embong (pnyt). Negara pasaran & pemodenan Malaysia. Hlm.291-304 Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia


4)         Rosnani Mahmud & Mohd Arif Ismail. 2008. Pengintegrasian teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) dalam pembestarian sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saturday 1 December 2012

BAHAN BANTUAN MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK

BOLA KERANJANG
(BASKET BALL )



pertama :

Ini adalah bahan-bahan yang saya gunakan untuk menyediakan Bahan Bantuan Mengajar Bukan Eleketronik. Seperti surat khabar lama,kerta warna oren,gam,gunting,pisau dan pelekat,


kedua :
Cara kedua adalah saya menggumpal surat khabar tersebut menjadi seperti bola.


ketiga :
cara ketiga saya menggunting kertas oren menjadi bulat supaya surat khabar yang digumpal tadi dapat dibalut dengan kertas oren dan dapat menampakkan ia seperti bola keranjang.

keempat :

Inilah hasilnya



Bola keranjang yang telah disiapkan


Bahagian hadapan




Bahagian sisi kanan


Bahagian belakang 



bahagian atas






Tuesday 27 November 2012

KULIT BUKU







 Ini adalah kulit buku yang dihasilkan oleh saya sendiri,saya memilih gambar dari google image dan setetusnya saya mencipta kulit buku ini menggunakan Adobe Photoshop.

10 YOUTUBE

YOUTUBE.


funny 





Tennis coach Ashaari rallying during national circuit tournament



Malaysia 1-2 Arsenal - Asia Tour 2012



Kenny Bell block vs Wisconsin



Golf Shot | Dude Perfect







Trick Shot Basketball | Dude Perfect | Summer Camp





Usain Bolt New World Record 100m In 9. 58 Seconds In Berlin.Gold medal in Beijing 9.68 sec



Perlawanan Bola Tampar Pasar Ria Smk Tansau


Pingat Emas Buat Terengganu Acara 4 x 100 Meter Kategori Wanita 13_7_2012



rowing





skill futsal



























Sunday 25 November 2012

10 PERALATAN CANGGIH DAN INOVASI DALAM SUKAN & KESIHATAN


INJECTOR EPINEPHIRE 




Alat injector Epinephrine (sejenis obat alergi) otomatis lebih kompak lagi. lebih baik dari EpiPen standar. alat ini juga mengingatkan para penggunanya kapan alat suntik (injector) nya perlu diganti.alat ini juga memiliki monitor yang berupa icon graphic yang berfungsi untukmengidentifikasi makanan atau zat-zat penyebab alergi (allergens). Alat ini diciptakan oleh Essensial design yang mendapat bronze International Design Excellence Award




ALAT PENGESAN BAKAT SUKAN




aplikasi yang diilih akan menentukan ukur tahap stamina dan kecekapan seseorang melalui respons yang diterima daripda kesan lompatan ke enama arah berbeza diatas panel heksoagon.
  • keistimewaan ciptaan adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan.
  • sama ada seseorang itu boleh bermain badminton,skuasy,tenis,judo,renang dans ebagainya ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuhbadan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperolehi daripda mesin tersebut.
  • alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanakdalam sukan tertentu disamping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan.

  • cara penggunaan alat,pertamanya pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan.
  • kemudian pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan.
  • justeru,bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan kosisten dan dari situ akan dapa tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu.
  • ia tidak bertindak sebagai alat latihan sampingansekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti berikut.



ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH



Alat ini berfungsi untuk mengesan abnormaliti aliran darah ke jantung.Alat pengesan bersaiz dua ibu jari itu akan diletakkan di saluran darah atau endothelium iaitu punca kepada kerosakan jantung bermula.. Dengan alat tersebut, kerosakan pada jantung dapat dikesan sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan boleh diberikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius.. Obesiti menjadi faktor kepada berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut.




ULTRALONG ELECTROMAGNETIC WAVE






Fungsi alat ini termasuklah menahan sakit dan menghilangkan inflamasi,mengeluarkan toksin dan menguruskan badan,mengaktifkan sel darah dan mencairkan darah beku serta melancarkan peredaran sistem urat.Ultra Long Electromagnetic Wave Massager adalah alat fisiologi yang senang diguna dan dibawa. Alat ini hanya perlu digunakan di tempat sakit,tidak selesa, atau di mana ada penyakit,maka ia akan membawa kesan perubatan yang baik.

3 ciri-ciri fizikal dan fungsi perubatan:

getaran
* Denyut besi dalam badan kita, meningkatkan tenaga dan oksigen
   kandungan sel merah dan peredaran darah Memperbaiki.
* Membersihkan deposit sepanjang dinding saluran darah; melembutkan darah
   kapal.
* Melegakan saraf, menenangkan minda dan melegakan kesakitan.

elektromagnetik
* Menghasilkan 3000 denyutan kecil satu minit dan bergema dengan badan
   medan magnet. Menjana 'pemanasan Joule' dalaman yang membunuh bakteria,
   melegakan keradangan dan bengkak.
* Pemanasan Joule menggalakkan kecergasan enzim, sekali gus mengaktifkan
   sel dan meningkatkan metabolisme.
* Menggabungkan pemanasan dalaman dan luaran untuk mengembangkan salur darah;
   mengurangkan kelekitan darah dan halus otot bukan Striated;
   Melegakan kekejangan, sakit, penyelewengan haid dan sejuk.

penembusan
* Mampu menembusi serat (pakaian) ke dalam kulit, otot,
   darah, organ, dan sum-sum; Dapat mencapai tisu dalaman untuk terus
   rawatan.
* Membolehkan saluran darah kapilari untuk mengembangkan lebih dari 2 kali, meningkatkan
   proses metabolik sel-sel '; meningkatkan pertukaran dan pembaharuan
   tisu, maka penyembuhan luka lebih cepat, vitalizes darah
   dan mengatasi stasis, halus laluan saraf dan urat.
* Kesan penyembuhan pada penyakit kronik yang hampir tidak dapat ditandingi oleh
   ubat konvensional dan rawatan.




FITNESS AND HEALTH GADGETS



the basic health and heart rate monitor
from the jawbone UP bracelet to the fitbit. weve come across all kindofmonitoring devices in recent months that promise to give users detailed start about their health dan fitness.the basic work on that same kind ofpronciple but its watch design would make it much more practical for most users andthe simple interface you use to looh through your data isthe cleanest and most intuitive weve seen so far.






BASIKAL BEG





alat ini adalah produk yang dapat menarik minat kepada sesiapa yang mengemari aktiviti lasak. basikal ini juga boleh menjadi beg galas dan berfungsi sebagai basikal. ia adalah dua dalam satu. ia amat memudahkan kepada orang yang berbasikal untuk membawa basikal apabila mendaki gunung atau bukit.






ORANGE SOLAR CONCEPT TENT


panel pada benda boleh mengubah cahaya matahari menjadi tenaga yang kemudian digunakan untuk memanaskan dan menerangi khemah alat ini sesuai juga digunakan pada waktu malam perkhemahan. jika waktu malam menjadi gelap. maka cahata khemah ini akan dapat menerangu dan apabila suasana sejuk khemah ini juga dapat memanaskan.




RANGER DRIVEWAY ALARM








alat ini boleh digunakan ketika perkhemahan .alat ini juga amat berkesan apabila khemah di hampir perkara-oerkara atau makhluk yang tudak dapat dikesan. alat ini boleh diletakkan diluar kawasan perkhemahan dengan lebih dari tiga sensor yang dihubungi dengan beberapa receiver sehingga ia boleh dijadikan sebagai peringatan dikawasan sekitar perkhemahan.






GPS PERSONAL LACATOR BEACON


ia adalah semudah menolak butang. dengan GPS dalam Microfix memperolehi kedudukan GPS anda. dan menghantar bersama-sama dengan kod pengancam peribadi anda melalui siatem cospas sarsat sateit global serta merta menyedarkan pasukan mencari dan menyelamat bahawa anda memerlukn bantuan segera. alatan ini sesuai digunakan apabila berada dalam perkhemahan.




NECKLIF SLIMMER








necklif slimmer adalah sebuah alat inovasi terbaru yang telah terbukti mampu menghilangkan penumpuan lemakdibawah dagu dan sekitar leher. menjadikan dagu dan leher anda kembali ramping dan tampil menarik. pemakaian hanya minimum 2 minit sehari. alat ini tidak menimbulkan rasa sakit kerana pada hujung alat dirancang khusus mengikut bentuk dagu. lembut dan nyaman dipakai.
 manfaat :
  • dapat merampingkan dagu dan leher
  • dapat menghilangkan longgar atau kulit menggantung
  • dapat membuat muka menjadi awet muda.