ASAS BOLA KERANJANG
Thursday, 20 December 2012
Tuesday, 18 December 2012
ESEI KUMPULAN
Faktor –faktor yang
mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah: Implikasi terhadap pendidikan
guru.
Pendahuluan
Menurut
Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal,mengukuh dan menambahkan kemahiran. Penggunaan
teknologi mesti digabungkan jalin bersama keadah pengajaran. Guru perlu
mengintegrasi ICT untuk memberi nilai kepada aktiviti P&P.
Integrasi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari persepektif yang lebih luas
iaitu menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P. matlamat utama mengintegrasi
ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari
segi mengguna,mengurus dan memahami ICT. Ini adalah penting bagi murid untuk
menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap
bidang kurikulum (Jonassen ,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa
kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini.
Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus
menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu acara untuk guru dan pelajar
menyelesaikan masalah semasa pembelajaran serta memperolehi hasil yang
bertepatan dengan isi kandungan. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu
dalam pengajaran dan pembelajaran
menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem
pendidikan masa kini. Pelajar sekolah kini lebih berminat menggunakan ICT,
melayari Internet untuk mengakses maklumat, serta mempunyai laman web mereka
sendiri dengan mendaftar dalam myspace,
friendster, blogspot, facebook dan sebagainya. Fenomena seperti ini sudah
menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah. Minat dan kegemaran pelajar
menggunakan ICT harus dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa dengan membimbing
pelajar dan anak mereka ke arah penggunaan yang betul. Satu cabaran dalam
sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk menganjak paradigma guru ke arah
perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini menggunakan komputer dan
kemudahan ICT sebagai pendekatan
alternatif.
Para guru perlu mencari
idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan
minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum
pendidikan. ICT (Information and
Communication Technology) meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian
maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet. Kesan
ICT terhadap pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa
penggantian, peralihan dan perubahan (Iztkan, seperti dinyatakan dalam Willems,
Stakenborg, & Veugelers, 2000).
Dalam fasa penggantian,
guru akan menggunakan ICT sebagai alat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
tanpa mengubah kaedah pengajaran, manakala fasa peralihan melibatkan guru
menggunakan ICT yang dapat merangsang perubahan seterusnya membawa kepada
kaedah pengajaran yang baru. Fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas
terhadap peranan pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Evolusi
penggunaan ICT dalam pendidikan guru bermula pada akhir tahun 1970-an dengan
pengenalan mikrokomputer dan pengaturcaraan kepada guru dan beralih kepada
mengenal pasti dan memasang perisian pembelajaran pada tahun 1980-an.
Oleh kerana terdapat pelbagai maklumat di
Internet yang dapat membantu untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran, maka program latihan perguruan lebih memfokuskan kepada
penggunaan ICT supaya para guru dapat mencari dan memperoleh maklumat yang
berguna bagi sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Menurut Collis dan Jung
(2003), kesan penggunaan internet dan web sebagai alat komunikasi yang biasa
digunakan dalam masyarakat mulai pertengahan tahun 1990 telah memberi kesan
yang besar terhadap sistem pendidikan guru.
Faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi ICT didalam bilik darjah
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan
bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat
yang lalu (Chen ,2004). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
menyediakan peluang dan perubahan cara murid belajar dan cara guru mengajar. Melalui
cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran
dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara
berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di
jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan
dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu
pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui
ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat
ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta
mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat
untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu
masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui
cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Beberapa kajian (Abdul Rahim 1998a : 1998b)
telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran dikalangan murid.
Adanya yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara
abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai “fielddependent” berbanding dengan
murid “fielddependent”. ( Abdul Rahim Saad,2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran
bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam “fielddependent”
adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar sevara konkrit atau tergolong dalam
“fielddependent” mereka akan mudah faham seperti beberapa
konsep,prinsip,peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi
dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan
mempelbagaikan penyampaian dan
pengajaran melalui penggunaan internet bahan-bahan multimedia disamping bahan
pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan
menggunakan bahan visual.grafik,teks,muzik,video serta animasi yang membantu
mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet
dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk
meneroka ,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui
portal-portal pendidikan yang sediakan sama ada portal tempatan atau luar ,guru
dan murid dapat memanfaatkan sebaik mugkin.portal pendidikan dapat memberikan kefahaman
yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam
eksperimen sains,guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja
tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Melalui
penggunaan komunikasi elektronik (emel) net meeting ,chat room dan sebagainya
guru dan murid adapat bertukar-tukar idea sesame sendiri atau dengan guru dan
murid dari sekolah yang berlainan. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar
Negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan.
Selain itu juga faktor yang mempengaruhi
integrasi dalam bilik darjah seharusnya mempunyai perkembangan Resos iaitu
hugungan diantara kemampuan untuk meningkatkan kebolehan dalam ICT dan resos
ICT adalah berbentuk saling bergantung. Sebenarnya kebolehan ICT dikalangan
murid boleh dianggap sebagai resos untuk pembelajaran merentasi kurikulum dan
adalah wajar bagi setiap bilik darjah untuk merancang pembangunan resos dan
kebolehan ICT secara serentak.
Sebagaimana media pendidikan
yang lain, ICT adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran lebih berkesan. Menurut D’Lgnazio (Bairley 1996), ICT adalah
alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia
pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang
dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan
sebenar murid. Manfaat lain pula membawa erti murid-murid yang terlibat
dalam pembelajaran ICT boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat,
kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya.
Kemampuan ICT
memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada
pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej ICT
boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang
penerangan secara berulang kali.
Pakej boleh
memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia
lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih
berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan
kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu ,ICT menjadi sangat berguna keada murid
Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej
multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif
pengajaran.Walupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan
bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih
banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran
ICT Meningkatkan Pembelajaran
ICT Meningkatkan Pembelajaran
Impak
globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Dalam membudayakan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, system pendidikan Negara haruslah bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Dalam membudayakan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, system pendidikan Negara haruslah bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi
. Sejak 1999, sistem pendidikan telah
mengalami perubahan dengan penerapan Sekolah Bestari di beberapa sekolah yang
terpilih di seluruh negara.Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi
meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa
dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan berdaya saing untuk
menghadapi alaf baru yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).
Di samping itu, sekolah merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana perkembangan produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang mampu Berfikit secara kritis ,inovatif dan kreatif
Di samping itu, sekolah merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana perkembangan produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang mampu Berfikit secara kritis ,inovatif dan kreatif
Selain
itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara
holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep
Sekolah yang lengkap dengan teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu
secara tidak langsung berupaya untuk memperkasakan perkembangan ICT di kalangan
rakyat.
. Langkah tersebut membantu generasi
muda untuk menguasai penggunaan aplikasi ICT selain merapatkan jurang digital
antara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar.
Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform bagi melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang disediakan dan garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di kalangan tenaga pengajar (guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung mampu melahirkan para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT) .
Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform bagi melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang disediakan dan garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di kalangan tenaga pengajar (guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung mampu melahirkan para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT) .
Di
Sekolah yang mempunyai ICT yang lengkap pembelajaran bercorak kendiri
diterapkan, kurikulum lebih fleksibel dan terbuka berbanding sekolah biasa.
Sehubungan itu, bagi menyebarkan peranan sebenar dan konsep Sekolah Bestari
kepada umum, Perbadanan
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan perlaksanaan nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi dan perkakas ICT.
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan perlaksanaan nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi dan perkakas ICT.
Secara
tidak langsung, budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan di kalangan para
pelajar,guru-guru sekaligus kepada masyarakat setempat. Dari segi pengurusan,
sekolah-sekolah berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan merekodkan
segala data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan
komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan
kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada memudah- kan proses pencarian,
penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat dilakukan oleh pihak
sekolah.
Sementara
itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk
berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah
biasa. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata
pelajaran tertentu yang memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian
‘Power Point’. Penyediaan bantuan papan putih interaktif (interactive
whiteboard) serta projektor melancarkan lagi proses pengajaran guru-guru
disekolah tersebut Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut
menganjurkan program khas seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga
minggu berkaitan ICT khusus untuk para pelajarnya. Dalam pada itu, pengajaran
yang sistematik dan berkonsepkan modul turut menampakkan kelancaran
membahagikan penggunaan kemudahan yang sedia ada. Ini adalah kerana, bilangan
komputer yang sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan oleh semua pelajar
seretak.
Oleh
demikian, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan prasarana waktu
sekolah.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan kemudahan selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut diajar untuk menggunakan perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem pembelajaran mereka. Lebih menarik, para pelajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang diberi melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan menerusi e-mel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan pengetahuan mengenai komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi rumah masing-masing.
Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasarana sekolah.
Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan bagi setiap Sekolah dalam usaha memastikan kelancaran.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan kemudahan selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut diajar untuk menggunakan perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem pembelajaran mereka. Lebih menarik, para pelajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang diberi melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan menerusi e-mel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan pengetahuan mengenai komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi rumah masing-masing.
Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasarana sekolah.
Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan bagi setiap Sekolah dalam usaha memastikan kelancaran.
Implikasi terhadap
pendidikan guru
Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend
dan ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan
sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia.
Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu
kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu
dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang
mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam
pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan.
Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang
pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan
perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan
berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.
Guru yang berinovatif serta berkualiti adalah pemangkin
kecemerlangan pendidikan dan hakikat ini telah menagih perubahan di kalangan
guru dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi sistem pendidikan negara dalam
melahirkan generasi yang serba boleh sejajar dengan zaman permodenan. Lantaran
itu, pelbagai tuntutan telah dibuat ke atas guru dan menyebabkan tanggungjawab
yang diamanahkan seakan menjadi satu bebanan kepada mereka. Hari ini, para guru
terpaksa berhadapan dengan kadar perubahan dalam dunia pendidikan sehingga
wujudnya bebanan yang keterlaluan.
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini
apabila berlakunya ledakan teknologi maklumat hari demi hari. Dengan adanya
kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan
Internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi
dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai
lapisan masyarakat. Negara yang kini sedang menghadapi pelbagai cabaran dan
dugaan semasa dari segi dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,
libralisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology, ICT) yang sekaligus akan memberi impak yang ketara
terhadap sistem pendidikan negara. Memandangkan ICT merupakan penentu utama
dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha
demi usaha telah dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhimatan
dan kemudahan secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT
dalam semua aspek kehidupan.
Penggunaan ICT di sekolah telah dipengaruhi oleh pelbagai
faktor seperti pengetahuan dan kemahiran serta kemudahan dan kekangan di sekolah.
Namun, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kepercayaan guru berkaitan
penggunaan teknologi dalam kerja-kerja seharian mereka di sekolah merupakan
faktor penentu dalam kemampuan guru mengintergrasikan teknologi tersebut.Para
guru juga masih berada pada tahap perlu belajar untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam penggunaan teknologi. Dalam konteks ini, tidak semua guru
boleh menerima atau mengikuti perubahan sesuatu teknologi dengan hati yang
terbuka. Dalam usaha memperkukuhkan asas bagi pencapaian yang memberangsang
berasaskan pengetahuan, penggunaan teknologi secara strategik menjadi semakin
penting selaras dengan tumpuan negara ke arah pembangunan teknologi maklumat
dan komunikasi seperti mana yang dinyatakan dalam RMK9/RMK10 sebelum ini.Usaha
giat dijalan untuk merapatkan jurang digital dan memperluaskan rangkaian
komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan dan maklumat yang lebih
setara di kalangan para pengguna. Kebiasaannya keberkesanan terhadap penggunaan
teknologi maklumat adalah bergantung kepada keterbukaan warga pendidik dalam
penerimaan teknologi maklumat sebagai elemen pengajaran dan pembelajaran yang
dirancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru yang menjadi nadi dan
tulang belakang dalam menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhan. Jika
dahulunya kurang guru di Malaysia menggunakan Internet, tapi kini bilangannya
yang mengakses ke Internet sudah semakin meningkat malahan ada di antara mereka
menganggap bahawa teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.
Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat
berasaskan pendidikan merupakan satu landasan yang cerah untuk menjadikan
pendidikan bertaraf dunia. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi
juga mampu mendatangkan kesan negatif kepada individu.
Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan
prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran
pembelajaran. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar
pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada
pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah
menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota
seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan
pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
Kelebihan
Penggunaan (ICT) Dalam Bilik Darjah
Pada
zaman sekarang, teknologi maklumat dan komunikasi tidak perlu diperkatakan
lagi.Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mengetahui kepentingannya.Sama ada
dalam bidang pendidikan, pentadbiran, pertahanan dan sebagainya.Namun, sejauh
manakah teknologi maklumat dan komunikasi ini digunakan secara maksimum oleh
para guru di sekolah sebagai bahan mengajar di kelas.
Kebanyakan
bahan mengajar berteraskan ICT agak jarang digunakan kerana tidak berapa mesra
pengguna dan, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya pembelajaran di
sekolah dan sebagainya.Selain itu, bahan mengajar berteraskan ICT banyak dibina
oleh pihak luar dan kurang menepati citarasa guru serta murid di sekolah.Ada
kalanya terlalu canggih sehingga sukar dipelajari dan digunakan di sekolah.
Justeru, satu inovasi telah dicipta
untuk menjadi pemudah cara kepada guru di sekolah untuk menggunakan bahan
mengajar berteraskan ICT secara mudah dan ringkas. Seperti yang telah
diketahui, perisian Windows PowerPoint sering digunakan untuk membentangkan
teks dan gambar atau sebagai pengganti kepada penggunaan papan hitam dan
OHP. Tidak dinafikan kebanyakan guru hari ini menggunakan PowerPoint yang
menarik di dalam kelas.Namun, ianya bersifat statik dan berpusatkan guru.
Sebagai contoh,
perisian PowerPoint boleh dipelbagaikan dan sebagai alat untuk menghasilkan
perisian pembelajaran interaktif seperti mana perisian-perisian yang dijual di
kedai.Cuma ianya perlu sedikit masa untuk dipelajari oleh guru. Tambahan pula,
perisian ini mampu menjimatkan kos dan boleh dilakukan oleh guru sendiri ketika
di rumah atau sekolah.
Berbanding perisian yang dibeli dari
luar, ianya tidak boleh diubah suai atau ditambah untuk disesuaikan dengan
tahap pembelajaran murid di sesebuah sekolah.Tentulah keadaan ini menyukarkan
guru sekiranya perisian tersebut tidak sesuai untuk muridnya.Selain itu,
perisian dari luar juga bersifat universal dan umum kerana dibina untuk pasaran
seluruh negara.Justeru, kemungkinan ianya tidak selaras dan tidak ada perkaitan
dengan persekitaran murid-murid.Bagaimana murid hendak menggabungkan pengalaman
sedia ada dengan perkara yang dipelajarinya sekiranya bahan pembelajaran tiada
unsur kesamaan dengan persekitaran mereka.
Dengan adanya inovasi perisian
PowerPoint interaktif ini, guru di sekolah bebas merancang, mengaplikasi,
mengubah, menambah dan menambah baik perisian tersebut di sekolah.Sebagai guru,
sudah tentulah mereka lebih faham dan tahu kehendak serta keperluan murid
mereka.Maklum balas murid juga boleh diambil dan dibuat refleksi terhadap
perisian tersebut.
Alam
pekerjaan zaman sekarang yang memerlukan kemahiran dalam bidang ICT terutamanya
komputer.Justeru, adalah amat baik sekiranya murid-murid didedahkan dengan ICT
sejak sekolah rendah supaya mereka sudah biasa dengannya.Apabila mereka sudah
terbiasa sejak kecil dan dibekalkan dengan kemahiran ICT, ianya berguna apabila
mereka melangkah ke pusat pengajian tinggi dan alam pekerjaan.
Globalisasi
yang melanda dunia pada zaman sekarang menjadikan perkongsian ilmu menjadi
mudah.Bahan inovasi seperti PowerPoint interaktif ini boleh dijadikan contoh
serta dikongsi dengan mudah melalui softcopy.Bahan softcopy ini boleh
dipindahkan melalui emel atau salinan dalam cakera keras. Dengan itu, guru di
tempat lain juga dapat berkongsi dan menggunakan bahan inovasi ini. Manfaat
dapat dikongsi dengan mudah dan cepat.
Kelemahan Penggunaan ICT Dalam Bilik Darjah
Kelemahan
yang mungkin berlaku didalam bilik darjah adalah walaupun bahan pengajaran
berasaskan ICT memberi pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada proses
pembelajaran dalam kelas, namun ianya juga mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh
kerana bahan berasaskan ICT memerlukan peralatan elektronik seperti komputer,
projektor dan monitor, kebarangkalian untuk peralatan tersebut rosak, gagal
berfungsi adalah tinggi. Ia boleh menjejaskan kelancaran pengajaran guru dan
kegagalan untuk mencapai objektif pembelajaran.
Kepelbagaian latar belakang murid juga memberi
kesan kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Tidak semua murid mempunyai
asas komputer yang baik. Bagi murid yang lahir daripada kalangan keluarga
kurang berkemampuan, luar bandar dan pedalaman, komputer merupakan sesuatu yang
asing. Justeru, adalah sukar untuk murid sebegini mempelajari sesuatu
menggunakan bahan berasaskan ICT. Dikhuatiri mereka akan ketinggalan dan tidak
mampu mempelajarinya berbanding rakan mereka yang lain.
Seterusnya, kebanyakan bahan pengajaran
berasaskan ICT mempunyai unsur permainan, hiburan dan multimedia. Pada awalnya
ia dibuat untuk meransang minat murid. Tetapi, murid pada peringkat umur
kanak-kanak biasanya mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka akan
mudah leka dan ketagih dengan unsur permainan tersebut sehingga menjejaskan
pembelajaran mereka.
Kemudian,
bahan pengajaran berasaskan ICT sebenarnya kurang memberi pengalaman sebenar
kepada murid. Hal ini kerana kebanyakan bahan berasaskan ICT hanyalah sebagai
simulasi, contoh dan gambaran, bukannya keadaan sebenar di dunia realiti. ICT
mungkin tidak mampu memberi kesan pembelajaran seperti mana pembelajaran di
luar bilik darjah yang lebih berkesan dalam membina pengetahuan berasaskan
pengalaman sebenar. Jika pembelajaran menggunakan komputer dilakukan, kesan
buruknya ialah murid belajar secara pasif dengan hanya duduk di hadapan
komputer. Komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid mungkin
tidak berjalan dengan baik. Murid akan terlalu asyik dengan perisian komputer
tanpa menghiraukan arahan guru dan komunikasi dengan rakan mereka. Hal ini
sudah tentu menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi mereka di sekolah.
Kesan negatif kepada guru pula ialah apabila
mereka mahir menggunakan ICT, mereka akan mula mengambil mudah semasa membina
bahan pengajaran. Bahan sedia ada akan hanya diubah mengikut keperluan subjek.
Hal ini sudah tentu membantutkan pemikiran kreatif dan kritis guru dalam
menghasilkan bahan pengajaran. Walhal, sumber bahan pengajaran adalah pelbagai,
bukan hanya tertumpu pada ICT semata-mata.
Apabila ICT diberi tumpuan secara
berlebihan, makan kaedah pengajaran guru tidak pelbagai. Jika dilihat kaedah
pengajaran biasa dan konvensional juga mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak
harus dibuang begitu sahaja.
Kesimpulan
Pendidikan
pada hari ini menuntut agar guru melengkapi diri mereka dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana menggunakan ICT adalah trend masa
kini dan akan datang. Seiring dengan itu guru-guru perlu berupaya menangani
perkembangan dalam ICT yang berlaku dengan pantas,dimana pengetahuan dan
kemahiran baru sentiasa muncul
Memandangkan
guru-guru kini berhadapan dengan impak ICT terhadap pedagogi mereka,maka
seharusnya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT yang mantap bagi
membantu mereka menangani impak tersebut. Kesedaran,komitmen serta kerjasama
bagi memaksimumkan keberkesanan pengintergrasikan ICT dalam bilik darjah.
Integrasi
ICT dalam bilik darjah merupakan perkara yang penting memerlukan sokongan serta
usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah,guru ,murid dans emua
pihak sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena
ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketranpilan ICT untuk
diterapkan didalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Untuk itu penglibatan
pemimpin sekolah dalam membina polisi,pelan pembangunan ICT dan sokongan
terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan
sumbangan pihak luar harus dilihat
sebagaii satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran
pembelajaran.
Selain
itu dengan adanya integrsi ICT dalam blik darjah guru harus berhati-hati dalam
melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh
mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga ,menghalang penggunaan kemudahan ICT
yang lebih produktif menjurus kea rah penyalahgunaan kemudaham ICT.
Rujukan
1)
Norizan Abdul Razak.2000. penggunaan
teknologi maklumat dalam pengajaran
bahasa: menangani
perubahan. Dlm. Abdul Rahman Embong (pnyt). Negara pasaran & pemodenan
Malaysia. Hlm.291-304 Bangi : penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
4) Rosnani
Mahmud & Mohd Arif Ismail. 2008. Pengintegrasian teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK)
dalam pembestarian sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saturday, 1 December 2012
BAHAN BANTUAN MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK
BOLA KERANJANG
(BASKET BALL )
pertama :
Ini adalah bahan-bahan yang saya gunakan untuk menyediakan Bahan Bantuan Mengajar Bukan Eleketronik. Seperti surat khabar lama,kerta warna oren,gam,gunting,pisau dan pelekat,
kedua :
Cara kedua adalah saya menggumpal surat khabar tersebut menjadi seperti bola.
ketiga :
cara ketiga saya menggunting kertas oren menjadi bulat supaya surat khabar yang digumpal tadi dapat dibalut dengan kertas oren dan dapat menampakkan ia seperti bola keranjang.
keempat :
Inilah hasilnya
Bola keranjang yang telah disiapkan
Bahagian hadapan
Bahagian sisi kanan
Bahagian belakang
bahagian atas
Subscribe to:
Posts (Atom)